Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Sultan Johor Berkenan Berangkat Ke Majlis Hari Raya Polis Johor

Diterbitkan: 18 May 2023 8.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 18 Mei 2023 - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Kontinjen Johor yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-sultan-johor-berkenan-berangkat-ke-majlis-hari-raya-polis-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:48 MYT
Johor Bahru, 18 Mei 2023 - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Kontinjen Johor yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hari ini.

Keberangkatan tiba Baginda Tuanku telah disambut oleh Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat bersama timbalannya, DCP M. Kumar S. Muthuvelu.
Berangkat sama, Tunku Panglima Johor, Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Turut hadir dalam majlis tadi ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.

ArtikelDiterbitkan 18 May 2023 8.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM