Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Subkontraktor Tm Antara Ditahan Kes Curi Kabel Bernilai Hampir Rm1 Juta

Diterbitkan: 16 Jan 2023 8.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pulau Pinang, 16 Januari 2023 - Seorang subkontraktor Telekom Malaysia (TM) antara 19 individu ditahan polis kerana terbabit kegiatan curi kabel milik syarikat telekomunikasi itu di sekitar Pulau Pinang dan Kedah dengan kerugian keseluruhan RM910,448.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-subkontraktor-tm-antara-ditahan-kes-curi-kabel-bernilai-hampir-rm1-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:18 MYT
Pulau Pinang, 16 Januari 2023 - Seorang subkontraktor Telekom Malaysia (TM) antara 19 individu ditahan polis kerana terbabit kegiatan curi kabel milik syarikat telekomunikasi itu di sekitar Pulau Pinang dan Kedah dengan kerugian keseluruhan RM910,448.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar susulan penahanan 11 lelaki tempatan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) TIMUR LAUT, di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanjung Bungah, di sini, jam 2.40 pagi pada 10 Januari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kesemua suspek ketika itu sedang memotong dan mengeluarkan kabel bawah tanah, namun gagal menunjukkan sebarang dokumen membabitkan kerja berkenaan lalu ditahan polis.

Risikan lanjut, katanya, membawa penahanan tujuh lagi individu dan seorang wanita yang berperanan sebagai ahli kumpulan dan pembeli kabel curi itu di Sungai Petani, Kedah.

"Seramai 14 daripada mereka terbabit dengan kegiatan curi kabel, lima lagi adalah pembeli yang turut ditahan. Seorang daripada yang ditahan adalah subkontraktor berusia 30-an yang dilantik TM dan polis belum pasti sama ada dia terbabit dengan kes sama di tempat lain.

"Kesemua 19 suspek itu berasal dari Kedah dan berusia antara 27 hingga 47 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../harapkan-pegar...

Sumber: Berita Harian dan PDRM Pulau Pinang

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

ArtikelDiterbitkan 16 Jan 2023 8.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM