Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Sindiket Seludup Rokok Terbesar Bernilai Rm52 Juta Guna Kapal Kargo Tumpas

Published: 10 Mar 2021 3.13 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pontian, 10 Mac 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan sindiket menyeludup masuk rokok bernilai RM52 juta dengan menggunakan kapal kargo asing di kedudukan 2.9 batu nautika barat daya Pulau Kukup dekat Pontian, Isnin lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-sindiket-seludup-rokok-terbesar-bernilai-rm52-juta-guna-kapal-kargo-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:21 MYT
 
Pontian, 10 Mac 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan sindiket menyeludup masuk rokok bernilai RM52 juta dengan menggunakan kapal kargo asing di kedudukan 2.9 batu nautika barat daya Pulau Kukup dekat Pontian, Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, kapal kargo berdaftar di Mongolia itu ditahan bot ronda Unit Risikan PPM Wilayah Dua, kira-kira 8.15 malam.

Beliau berkata pergerakan kapal kargo dari perairan Myanmar itu dikesan berdasarkan maklumat risikan.

Menurutnya, bot ronda terbabit cuba memintas kapal kargo berkenaan, namun, kapten kapal tersebut enggan bekerjasama sebelum berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan, lebih 7,000 kotak berisi rokok tidak bercukai ditemukan di dalam kapal kargo berkenaan dan ia merupakan rampasan terbesar dalam sejarah negara,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.

Dato’ Sri Abd Rahim berkata polis mengesan tindakan kapal terbabit yang berulang-alik dua kali dari Batam, Indonesia, ke pantai barat Johor sejak bulan lepas dan kemudian mengagihkan rokok kepada bot-bot tempatan kecil di sepanjang laluan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Polis Johor dan 
BERNAMA


May be an image of one or more people and people standing

May be an image of 1 person, standing and military uniform

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of indoor

ArticlePublished 10 Mar 2021 3.13 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM