Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Sindiket Pelaburan Matawang Kripto Aliexchange Tumpas

Diterbitkan: 18 Dec 2020 11.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 Disember 2020 - Sindiket pelaburan mata wang kripto yang berselindung di sebalik aplikasi dalam talian dikenali sebagai ‘AliExchange’ dan dipercayai menyebabkan pelabur kerugian RM4.7 juta, tumpas selepas polis menahan sembilan individu pada Isnin lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-sindiket-pelaburan-matawang-kripto-aliexchange-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:20 MYT
Kuala Lumpur, 18 Disember 2020 - Sindiket pelaburan mata wang kripto yang berselindung di sebalik aplikasi dalam talian dikenali sebagai ‘AliExchange’ dan dipercayai menyebabkan pelabur kerugian RM4.7 juta, tumpas selepas polis menahan sembilan individu pada Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato' Zainuddin Yaacob berkata, suspek terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita berusia antara 32 hingga 59 tahun ditahan di sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan ibu negara.

Beliau berkata, modus operandi sindiket itu menggunakan platform dagangan mata wang kripto dikenali dengan nama ‘AliCoin’ yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dengan setiap pelabur diberi akses melalui aplikasi AliExchange selepas memuat turun aplikasi tersebut.

“Pelabur atau mangsa juga dapat melihat kadar pulangan dan imbuhan yang dijanjikan melalui aplikasi berkenaan. Bagi meyakinkan mangsa, sindiket ini telah mengupah warga Eropah sebagai speaker bagi mengadakan seminar di hotel di beberapa negeri,” katanya dalam sidang media JSJK di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dato' Zainuddin berkata, mangsa dikehendaki membeli AliCoin dengan harga RM4.70 bagi setiap AliCoin dan keuntungan yang dijanjikan adalah antara lima hingga 15 peratus mengikut jumlah pelaburan.

“Jumlah minimum ditawarkan adalah 10,000 AliCoin bersamaan dengan nilai RM47,000. Mangsa yang terpedaya dengan sindiket itu tidak dapat keuntungan yang dijanjikan.
“Sebanyak 27 laporan polis diterima melibatkan sindiket itu dengan kerugian RM4.7 juta dan sindiket itu dipercayai mula beroperasi sejak Mac hingga Oktober,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas 20 keping kad ATM pelbagai bank, 11 telefon bimbit, lima kereta mewah, lima komputer riba, pelbagai dokumen pelaburan AliExchange dan wang tunai RM109,594 dan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM2 juta.

Dato' Zainuddin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan testimoni dan janji-janji tawaran keuntungan lumayan dalam masa yang singkat,” katanya.

Orang ramai juga boleh menyemak dan mendapatkan maklumat kesahihan sesuatu pelaburan di laman web ccid.rmp.gov/semakmule.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK dan
BERNAMA

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 3 people, people standing and phone, text that says 'ORANG YANG DIKEHENDAKI Re'

Image may contain: 3 people

Image may contain: screen

Image may contain: 1 person, text that says 'SUSPEK YANG DIKEHENDAKI BAGI KES PENIPUAN PELABURAN ALIEXCHANGE ORANG YANG DIKEHENDAKI BAGI MEMBANTU SIASATAN

Image may contain: 1 person, text that says 'SUSPEK YANG DIKEHENDAKI BAGI KES PENIPUAN PELABURAN ALIEXCHANGE ORANG YANG DIKEHENDAKI BAGI MEMBANTU SIASATAN

Image may contain: 1 person, text that says 'SUSPEK YANG DIKEHENDAKI BAGI KES PENIPUAN PELABURAN ALIEXCHANGE ORANG YANG DIKEHENDAKI BAGI MEMBANTU SIASATAN

Image may contain: 1 person, text that says 'SUSPEK YANG DIKEHENDAKI BAGI KES PENIPUAN PELABURAN GOLDMINE INTERNATIONAL ORANG YANG DIKEHENDAKI BAGI MEMBANT

ArtikelDiterbitkan 18 Dec 2020 11.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM