Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Sindiket Pelaburan Kripto Babit Kerugian Lebih Rm50 Juta Tumpas

Published: 03 Nov 2023 12.56 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 3 November 2023 - Polis menahan 40 individu, sekali gus menumpaskan sindiket pelaburan mata wang kripto membabitkan kerugian lebih RM50 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-sindiket-pelaburan-kripto-babit-kerugian-lebih-rm50-juta-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:06 MYT
Kuala Lumpur, 3 November 2023 - Polis menahan 40 individu, sekali gus menumpaskan sindiket pelaburan mata wang kripto membabitkan kerugian lebih RM50 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tangkapan membabitkan 31 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 20 hingga 55 tahun itu dibuat dalam operasi di seluruh negara dari 29 hingga 31 Oktober lalu.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada 38 pemilik perniagaan, pengarah syarikat dan setiausaha syarikat, serta masing-masing seorang pegawai bank dan ejen pencari keldai akaun.

"Operasi itu dijalankan selepas polis menerima 76 laporan daripada mangsa skim pelaburan berkenaan yang membabitkan kerugian berjumlah RM50,620,880.29.

"Mangsa berusia antara 22 hingga 81 tahun itu kebanyakannya terdiri daripada golongan pesara dan ahli perniagaan," katanya pada sidang media khas, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../sindiket-pelaburan-kripto...

ArticlePublished 03 Nov 2023 12.56 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM