Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Sindiket Edar Rokok Seludup Lebih Rm1 Juta Tumpas

Published: 21 Feb 2022 5.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Muhammad Abdul Halim berkata, sindiket berkenaan menyasarkan buruh binaan warga asing di sekitar Seremban sebagai pelanggan utama mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-sindiket-edar-rokok-seludup-lebih-rm1-juta-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:05 MYT
Shah Alam, 21 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 4,980 karton rokok seludup dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Permai 3, Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad.

Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Muhammad Abdul Halim berkata, sindiket berkenaan menyasarkan buruh binaan warga asing di sekitar Seremban sebagai pelanggan utama mereka.

"Serbuan ini telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Seremban yang menjadikan kediaman di kawasan perumahan sebagai stor penyimpanan.

"Sindiket ini dipercayai telah menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan rokok tidak bercukai selama setahun dan menjadikan warga asing yang bekerja di tapak-tapak pembinaan sebagai pelanggan sasaran.

"Serbuan yang dijalankan berjaya merampas 4,980 karton atau 887,600 batang rokok pelbagai jenama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai anggota sindiket terbabit dalam serbuan sekitar jam 4.45 petang itu.

Katanya, pasukan serbuan merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pengedaran rokok berkenaan.

"Jumlah keseluruhan anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM1,114,374.

Sumber: Briged Tengah PGA Polis Diraja Malaysia dan Sinar Harian

May be an image of 6 people and text that says 'AMARAN Manyabackan AMARAN WARNING Smoking SmokingCauses Causes NeckCance Cance Neck Marakak Menyebabkan Kar

No photo description available.

May be an image of 3 people

May be an image of 1 person

May be an image of 6 people and text that says 'AMARAN Manyabackan AMARAN WARNING Smoking SmokingCauses Causes NeckCance Cance Neck Marakak Menyebabkan Kar


ArticlePublished 21 Feb 2022 5.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM