Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pengedar Jadikan Felda Lubuk Urus Niaga Bekalan Dadah Pengarah Jsjn

Diterbitkan: 21 Feb 2022 3.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kawasan FELDA yang terlampau luas dan terletak di pedalaman memudahkan pengedar membuka laluan-laluan tikus untuk menyeludup masuk bekalan dadah ke dalam tanah-tanah rancangan berkenaan, malah membekalkannya juga ke kampung-kampung berdekatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pengedar-jadikan-felda-lubuk-urus-niaga-bekalan-dadah-pengarah-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:01 MYT
Petaling Jaya, 21 Februari 2022 – Pengedar dadah kini dipercayai menjadikan tanah-tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai lubuk untuk urusan jual beli bahan terlarang itu kepada penagih di kawasan terbabit.

Kawasan FELDA yang terlampau luas dan terletak di pedalaman memudahkan pengedar membuka laluan-laluan tikus untuk menyeludup masuk bekalan dadah ke dalam tanah-tanah rancangan berkenaan, malah membekalkannya juga ke kampung-kampung berdekatan.

Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, sebanyak 209,138 individu dikesan terlibat dalam aktiviti penagihan dadah di seluruh negara sejak 2019 sehingga Januari lalu yang kebanyakan mereka berusia antara 14 hingga 40 tahun.

Pengarah JSJN, CP Dato’ Ayob Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, Johor mencatatkan bilangan penyalahgunaan dadah tertinggi iaitu 28,068 kes, manakala Pahang, 27,537 kes.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia

May be an image of text

May be an image of 1 person and text

ArtikelDiterbitkan 21 Feb 2022 3.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM