
Article
Posting Pilihan Setinggi Penghargaan Atas Keprihatinan Kerajaan Meluluskan Elaun Bulanan Khas Buat Pegawai Dan Operatif Utk
Semoga dengan kelulusan tersebut memberi suntikan semangat untuk para pegawai dan operatif UTK terus menabur bakti menjaga keamanan serta keselamatan negara.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan para pegawai dan operatif Unit Tindakhas (UTK) PDRM dengan meluluskan elaun bulanan khas kepada mereka.