
Article
Posting Pilihan Sembah Mengadap Timbalan Kpn Ke Atas Sultan Johor
Johor Bahru, 16 Januari 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hari ini membuat sembah mengadap ke atas Sultan Johor, Du...
Johor Bahru, 16 Januari 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hari ini membuat sembah mengadap ke atas Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di sini.
Sembah mengadap tersebut dibuat seusai Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Kontinjen Johor yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.
Hadir sama ialah Menteri Besar Johor, Dato' Hj. Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Hj. Azmi Rohani dan Ketua Polis Johor yang baharu, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat.
Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar