![[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: WASPADA PENIPUAN URUSAN HAJI](/assets/images/rmp.webp)
Tabung Haji (TH) menasihatkan semua pendeposit agar berhati-hati sekiranya menerima panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor akaun.
TH juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga bagi menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan haji bagi tahun 2023 melalui panggilan mahupun pesanan ringkas.
Sumber: Tabung Haji