Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Scam Alert Sindiket Fly By Night Tumpas Lima Lelaki Ditahan

Published: 28 Sep 2021 2.26 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 28 September 2021 - Sindiket penipuan 'Fly by Night' yang menyasarkan pembekal dan peniaga barangan alat ganti kenderaan tumpas susulan penahanan lima lelaki di sebuah rumah di Kuantan, Pahang, Jumaat lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-scam-alert-sindiket-fly-by-night-tumpas-lima-lelaki-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:57 MYT
Kuala Lumpur, 28 September 2021 - Sindiket penipuan 'Fly by Night' yang menyasarkan pembekal dan peniaga barangan alat ganti kenderaan tumpas susulan penahanan lima lelaki di sebuah rumah di Kuantan, Pahang, Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, lima lelaki berusia 23 hingga 60 tahun itu ditahan pada 10.15 malam dan pihaknya merampas pelbagai barangan tukar ganti kenderaan dianggarkan bernilai RM936,783.

"Sindiket ini beroperasi kira-kira lima bulan sejak Mac lepas di sekitar Lembah Klang dan Johor, dengan menyasarkan pembekal dan peniaga barangan alat ganti kenderaan, menggunakan modus operandi serahan slip pembayaran perbankan berjadual Inter Bank Giro palsu untuk meyakinkan mangsa.

"Mangsa kemudian akan menghantar barangan yang dibeli ke alamat diberikan sindiket terbabit," katanya.

Beliau berkata dengan penahanan lima suspek itu pihaknya berjaya menyelesaikan lapan kes penipuan di Johor dan satu di Sentul yang dipercayai didalangi sindiket berkenaan serta semua suspek direman sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


May be an image of one or more people and people standing

May be an image of 1 person

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people

No photo description available.
ArticlePublished 28 Sep 2021 2.26 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM