Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

POSTING PILIHAN: RM5.7 BILION BARANGAN DIRAMPAS, LEBIH 5,000 INDIVIDU DITAHAN

Diterbitkan: 02 Jul 2025 7.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 1 Julai 2025 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berjaya merampas pelbagai barangan termasuk sisa elektronik (e-waste) bernilai RM5.7 bilion hasil operasi di seluruh negara sejak awal tahun hingga 29 Jun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-rm5-7-bilion-barangan-dirampas-lebih-5-000-individu-ditahan-20250702
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:51 MYT
Kuala Lumpur, 1 Julai 2025 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berjaya merampas pelbagai barangan termasuk sisa elektronik (e-waste) bernilai RM5.7 bilion hasil operasi di seluruh negara sejak awal tahun hingga 29 Jun lalu.

Pengarahnya, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim berkata, dalam tempoh sama pihaknya menerima 7,118 laporan polis dan seramai 5,080 individu telah ditahan.

“Kejayaan itu adalah hasil komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh seluruh warga jabatan termasuk pegawai dan anggota di semua peringkat.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua pegawai dan anggota atas dedikasi yang tinggi dalam memastikan kejayaan operasi tersebut,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan Jabatan KDNKA Bukit Aman, di sini, pada tadi.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../rm57-bilion-barangan...

ArtikelDiterbitkan 02 Jul 2025 7.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM