
Artikel
KPN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TIMBALAN MDN DAN KSN
Putrajaya, 1 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Dalam Ne...
Putrajaya, 1 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah di Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri, di sini.
Sejurus itu, beliau turut bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar dalam sesi kunjungan hormat di pejabatnya dekat Kompleks Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, di sini.
Kedua-dua pertemuan itu menjadi medan perbincangan mengenai komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin, Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Cik Siti Marhaini Rizal Afza.