
Article
Posting Pilihan Rm5 7 Bilion Barangan Dirampas Lebih 5 000 Individu Ditahan 20250702
Kuala Lumpur, 1 Julai 2025 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berjaya merampas pelbagai barangan termasuk sisa elektro...
Kuala Lumpur, 1 Julai 2025 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berjaya merampas pelbagai barangan termasuk sisa elektronik (e-waste) bernilai RM5.7 bilion hasil operasi di seluruh negara sejak awal tahun hingga 29 Jun lalu.
Pengarahnya, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim berkata, dalam tempoh sama pihaknya menerima 7,118 laporan polis dan seramai 5,080 individu telah ditahan.
“Kejayaan itu adalah hasil komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh seluruh warga jabatan termasuk pegawai dan anggota di semua peringkat.
“Saya ucapkan tahniah kepada semua pegawai dan anggota atas dedikasi yang tinggi dalam memastikan kejayaan operasi tersebut,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan Jabatan KDNKA Bukit Aman, di sini, pada tadi.