
Artikel
Posting Pilihan Proses Kerja Baik Pulih Kuarters Balai Polis Telok Kemang Berjalan Lancar
Port Dickson, 6 Ogos 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara kuarters Balai Polis Telok Kemang berjalan lancar dan hampir siap dilaksanakan.
Port Dickson, 6 Ogos 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara kuarters Balai Polis Telok Kemang berjalan lancar dan hampir siap dilaksanakan.
Proses baik pulih ini merupakan antara peruntukan yang telah disalurkan kerajaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memberi keselesaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertugas sekali gus dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan.
Selain kerja-kerja baik pulih kuarters, tumpuan turut diberikan dalam menyelenggara balai polis, pondok polis termasuk pagar, jalan, dewan, tandas serta lain-lain fasiliti untuk kemudahan warga PDRM khususnya dan masyarakat secara amnya.