
Artikel
Posting Pilihan Prn Pengarah Jsjn Tinjau Proses Penamaan Calon Di Negeri Sembilan
Seremban, 29 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din melakukan tinjauan di beberapa pusat penamaan c...
Seremban, 29 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din melakukan tinjauan di beberapa pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini, pagi tadi.
Terdahulu, beliau telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bagi mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Abd Khalid Othman.
Dato' Sri Mohd Kamarudin kemudiannya ditaklimatkan berkaitan persiapan dan persediaan kontinjen negeri dalam menghadapi PRN yang bakal tiba.