Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Prn Pengarah Jsjn Tinjau Proses Penamaan Calon Di Negeri Sembilan

Published: 29 Jul 2023 1.58 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Seremban, 29 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din melakukan tinjauan di beberapa pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-prn-pengarah-jsjn-tinjau-proses-penamaan-calon-di-negeri-sembilan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:06 MYT
Seremban, 29 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din melakukan tinjauan di beberapa pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini, pagi tadi.

Antara pusat penamaan calon yang dipantau ialah Dewan Perdana KRS dan Dewan Komuniti Coral Height bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Sikamat, Dewan Belia dan Sukan Paroi (N.14 Ampangan) serta Dewan Pepatih Pejabat Pendidikan Daerah Rembau bagi kawasan DUN N.26 Chembong.
Terdahulu, beliau telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bagi mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Abd Khalid Othman.

Dato' Sri Mohd Kamarudin kemudiannya ditaklimatkan berkaitan persiapan dan persediaan kontinjen negeri dalam menghadapi PRN yang bakal tiba.

ArticlePublished 29 Jul 2023 1.58 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM