
Artikel
Posting Pilihan Prn Pengarah Jlog Pantau Proses Penamaan Di Selangor
Shah Alam, 29 Julai 2023 - Proses Penamaan Calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N.40 Kota Anggerik dan N.41 Batu Tiga yang...
Shah Alam, 29 Julai 2023 - Proses Penamaan Calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N.40 Kota Anggerik dan N.41 Batu Tiga yang berlangsung dalam Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam dekat Seksyen 19, di sini pagi tadi dipantau oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan.
Beliau yang diiringi Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim melihat dengan lebih dekat kelancaran proses penamaan calon yang berlangsung.
Hasil pemantauan di daerah tersebut mendapati proses berlangsung dengan lancar dan terkawal tanpa berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.