
Artikel
Posting Pilihan Prn Pengarah Jips Tinjau Kelancaran Tugas Kontinjen Di Ipk Selangor
Shah Alam, 12 Ogos 2023 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad melakukan lawatan kerja sempena Pilihan Raya Negeri...
Shah Alam, 12 Ogos 2023 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad melakukan lawatan kerja sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pagi tadi.
Ketibaan Dato’Sri Azri bersama Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Hishamudin Tahar telah disambut oleh Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato’ Hussein Omar Khan sebelum diiring ke Bilik Gerakan Full Manning PRN.
Lawatan kerja tersebut adalah bagi meninjau kelancaran penugasan warga Kontinjen Selangor dan proses pengundian yang telah dijalankan.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Mohd Said Ibrahim dan barisan Ketua Jabatan IPK Selangor.
Sumber: Polis Selangor