
Article
Posting Pilihan Ppm Patahkan Cubaan Seludup 228 Ekor Murai Batu
Kota Tinggi, 13 Januari 2021 – Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki menyeludup 228 ekor burung Murai Batu ke neg...
Kota Tinggi, 13 Januari 2021 – Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki menyeludup 228 ekor burung Murai Batu ke negara jiran, di sini, semalam.
Hasil serbuan di premis yang disyaki dijadikan pusat transit penyeludupan hidupan liar ke negara jiran berjaya menahan lelaki tersebut dan merampas 17 bakul plastik hitam berisi burung murai batu.
Suspek dan barang kes dibawa ke Pejabat Jabatan Perhilitan Daerah Bandar Penawar, Johor untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Jabatan Perhilitan menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah hidupan liar ke Talian Hotline Jabatan Perhilitan di talian 1800-88-5151.