Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Polis Tumpas Sindiket Seludup Diesel Bernilai Lebih Rm500 000

Diterbitkan: 16 Jun 2022 11.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 16 Jun 2022 - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan minyak diesel melibatkan rampasan sebanyak 95,000 liter bernilai RM522,500 menerusi serbuan di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Desa Plentong, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-tumpas-sindiket-seludup-diesel-bernilai-lebih-rm500-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:49 MYT
Johor Bahru, 16 Jun 2022 - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan minyak diesel melibatkan rampasan sebanyak 95,000 liter bernilai RM522,500 menerusi serbuan di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Desa Plentong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata seramai 30 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk berumur 46 tahun yang dipercayai dalang serta mempunyai rekod jenayah lampau turut ditahan dalam serbuan Op Bersepadu pada 11 malam itu.

Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak sebulan lepas dan diesel tersebut dijual di pasaran antarabangsa dengan harga dua kali ganda seliter serta menggunakan modus operandi mengubah suai tangki minyak lori.

“Mereka membeli minyak bersubsidi di stesen minyak dan ia dijual di pasaran gelap dengan harga dua kali ganda, kalau harga RM2.45 sen untuk seliter, mereka jual hingga RM4.50.

“Sindiket ini seludup ke negara berdekatan melalui jalan laut,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan, di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Polis Johor dan BERNAMA

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 5 people and text that says 'AZLIN KAMARUL POLIS ZAILANI'

May be an image of 5 people

No photo description available.

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

No photo description available.

May be an image of indoor
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2022 11.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM