Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Polis Tumpas Sindiket Penipuan Pelaburan Ayam Kampung

Diterbitkan: 12 Jul 2024 9.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: Kementerian Kewangan
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-tumpas-sindiket-penipuan-pelaburan-ayam-kampung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:21 MYT
 
Kuala Lumpur, 12 Julai 2024 - Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan ayam kampung melibatkan kerugian lebih RM3.2 juta dalam serbuan di beberapa buah negeri pada 26 Jun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dalam serbuan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Labuan itu, polis menahan seramai 11 individu berusia 38 hingga 56 tahun yang menjadi pengasas, pengarah, setiausaha, kerani, agen serta sukarelawan pertubuhan itu.

"Siasatan awal mendapati sindiket penipuan yang berselindung di sebalik Pertubuhan Amal Kita Kinta, Perak itu beroperasi sejak awal tahun lepas dengan menjanjikan pulangan seekor ayam kampung atau RM13 sebulan bagi setiap pelaburan berjumlah RM250 yang dibuat mangsa.

"Pelabur akan memasukkan wang pelaburan mereka dalam akaun bank milik pertubuhan terbabit, bagaimanapun bermula Sept 2023, pelabur-pelabur tidak lagi menerima keuntungan dijanjikan dan polis menerima 85 laporan polis di seluruh negara," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2024 9.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM