Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Derma Hanya Kepada Pertubuhan Berdaftar Jalankan Audit

Diterbitkan: 12 Jul 2024 9.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: BERNAMA
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-derma-hanya-kepada-pertubuhan-berdaftar-jalankan-audit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:50 MYT
Artikel Pilihan Derma Hanya Kepada Pertubuhan Berdaftar Jalankan Audit
Laman Utama / Artikel / Artikel Pilihan Derma Hanya Kepada Pertubuhan Berdaftar Jalankan Audit
Kembali ke Pustaka
Artikel

Artikel Pilihan Derma Hanya Kepada Pertubuhan Berdaftar Jalankan Audit

Sumber: BERNAMA
Kuala Lumpur, 12 Julai 2024 - Sifat mudah simpati dan belas kasihan masyarakat untuk membantu individu dilanda musibah membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab menangguk di air keruh untuk mengutip wang atas alasan derma.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menderma terutama jika melibatkan individu dan pertubuhan tidak berdaftar.

"Orang ramai perlu memastikan mereka menderma serta memberi sumbangan kewangan hanya kepada pertubuhan yang didaftarkan dan menjalani proses audit.

"Mereka juga perlu tahu bagaimana wang derma itu digunakan. Akaun bank milik pertubuhan yang mengutip derma ini juga perlu menjalani proses audit bagi memastikan wang derma yang diterima disalurkan kepada pihak sepatutnya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2316867

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Derma Hanya Kepada Pertubuhan Berdaftar Jalankan Audit
ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2024 9.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM