
Article
Posting Pilihan Polis Tahan 152 Mat Rempit Bawa Solat Subuh Berjemaah Tazkirah
Sumber: JSPT KL dan Sinar Harian
POSTING PILIHAN: POLIS TAHAN 152 MAT REMPIT, BAWA SOLAT SUBUH BERJEMAAH, TAZKIRAH
Kuala Lumpur, 21 Oktober 2024 - Seramai 152 mat rempit yang ditahan polis di Jalan Tun Razak, di sini, dibawa menunaikan solat Subuh berjemaah dan diberi tazkirah.
Kesemua mereka berusia 15 hingga 24 tahun itu ditahan menerusi Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Kuala Lumpur (KL) bermula jam 11 malam, Sabtu.
Katanya, dalam operasi tersebut seramai 152 orang telah dibawa ke JSPT KL dan diambil tindakan saman, manakala motosikal yang disita akan dibuat pemeriksaan selanjutnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar dalam masa terdekat.