Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Polis Tahan 152 Mat Rempit Bawa Solat Subuh Berjemaah Tazkirah

Diterbitkan: 21 Oct 2024 6.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: JSPT KL dan Sinar Harian
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-tahan-152-mat-rempit-bawa-solat-subuh-berjemaah-tazkirah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:52 MYT
POSTING PILIHAN: POLIS TAHAN 152 MAT REMPIT, BAWA SOLAT SUBUH BERJEMAAH, TAZKIRAH

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2024 - Seramai 152 mat rempit yang ditahan polis di Jalan Tun Razak, di sini, dibawa menunaikan solat Subuh berjemaah dan diberi tazkirah.
Kesemua mereka berusia 15 hingga 24 tahun itu ditahan menerusi Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Kuala Lumpur (KL) bermula jam 11 malam, Sabtu.

Ketua JSPT Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, operasi yang dibuat secara berperingkat sehingga jam 5 pagi itu telah menyita sebanyak 68 motosikal hasil pemeriksaan 152 motosikal sementara baki motorsikal tersebut telah dikeluarkan saman.

Katanya, dalam operasi tersebut seramai 152 orang telah dibawa ke JSPT KL dan diambil tindakan saman, manakala motosikal yang disita akan dibuat pemeriksaan selanjutnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar dalam masa terdekat.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../polis-tahan-152-mat...

Sumber: JSPT KL dan Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 21 Oct 2024 6.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM