Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Polis Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

Published: 13 Feb 2021 1.40 PM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Kluang, 13 Februari 2021 - Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh kereta yang dipandu lelaki dipercayai mabuk di Kilometer 6 Jalan Kluang-Teck Wah Hing, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-maut-dirempuh-pemandu-mabuk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:23 MYT

Kluang, 13 Februari 2021 - Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh kereta yang dipandu lelaki dipercayai mabuk di Kilometer 6 Jalan Kluang-Teck Wah Hing, di sini, semalam.

Dalam kejadian 10.25 malam itu, Lans Koperal Bradford Bernard, 28 tahun, yang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, DSP Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mangsa baru sahaja selesai tugas kawalan keselamatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam sebelum pulang ke IPD Kluang.

"Hasil siasatan mendapati, pemandu kereta Mercedes-Benz hilang kawalan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa menyebabkan anggota polis itu parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Susulan itu, polis menahan pemandu kereta berkenaan yang berusia 58 tahun dan hasil saringan ujian nafas mendapati lelaki itu positif alkohol melebihi had ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber: Polis Johor dan Harian Metro

ArticlePublished 13 Feb 2021 1.40 PMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM