Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Polis Gempur Operasi Sindiket Tipu Pelaburan Di Sebalik Banglo Bekas Konsulat

Published: 29 Nov 2023 7.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sindiket penipuan pelaburan yang dikawal rapi dengan pengawal keselamatan bersenjata di sebuah banglo yang pernah menjadi pejabat dan kediaman konsulat sebuah negara asing di sini, digempur polis 22 November lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-gempur-operasi-sindiket-tipu-pelaburan-di-sebalik-banglo-bekas-konsulat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:25 MYT
 
Kuala Lumpur, 29 November 2023 - Sindiket penipuan pelaburan yang dikawal rapi dengan pengawal keselamatan bersenjata di sebuah banglo yang pernah menjadi pejabat dan kediaman konsulat sebuah negara asing di sini, digempur polis 22 November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil risikan pihaknya itu berjaya menahan 28 individu termasuk 15 warga asing berusia 20 hingga 62 tahun.

Menurutnya, semakan mendapati warga asing terbabit terdiri daripada tujuh warga China, Brunei (4) dan Korea Selatan (4).

"Polis telah merampas beberapa barang antaranya sebuah notebook, laptop dan tablet selain 41 telefon bimbit, kereta jenis Lexus (1), kad akses (2) serta dokumen (1)," katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Rabu.

Jelas Dato’ Sri Ramli, siasatan mendapati sindiket menawarkan pelaburan berkonsep “money game” iaitu pelaburan lumayan dalam masa singkat dengan menyasarkan mangsa dalam kalangan warga tempatan, Brunei, Korea Selatan, dan China.

Katanya, terdapat tujuh pakej pelaburan ditawarkan dalam bentuk kripto iaitu serendah 155 USDT (RM720.75) hingga 31,000 USDT (RM144,150) dan menjanjikan pulangan harian satu hingga dua peratus selama 155 hari.

“Transaksi pelaburan adalah menggunakan mata wang kripto dan dilakukan dalam talian melalui laman sesawang yang dikendalikan pihak sindiket,” ujarnya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../operasi-sindiket-tipu...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM dan Sinar Harian

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 6 people and text


ArticlePublished 29 Nov 2023 7.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM