Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Jabatan Kdnka Simpati Nasib Rakyat Palestin Salur Sumbangan Melalui Myfundaction

Diterbitkan: 29 Nov 2023 6.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 29 November 2023 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) hari ini menyerahkan sumbangan kepada MyFundAction bagi tabung Palestin di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-jabatan-kdnka-simpati-nasib-rakyat-palestin-salur-sumbangan-melalui-myfundaction
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:13 MYT
Kuala Lumpur, 29 November 2023 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) hari ini menyerahkan sumbangan kepada MyFundAction bagi tabung Palestin di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, hari ini.

Penyerahan sumbangan berjumlah RM14,538 telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Hazani Ghazali kepada delegasi MyFundAction yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Puan Aisyah Shahid.

Ia merupakan sumbangan ikhlas daripada seluruh warga kerja KDNKA yang bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin kini.

Dalam ucapan ringkas, Dato' Sri Hazani berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban rakyat di negara Palestin yang sedang bergolak dan digunakan untuk keperluan mereka di sana.

Hadir sama, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan SAC Kepolisan Am KDNKA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 29 Nov 2023 6.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM