
Article
Posting Pilihan Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada
Terima kasih kepada Koperal Muhammad Zulalif Badrol Hisham dan Lans Koperal Mohd Fazliz Mohamad Padzil dari Unit Kereta Peronda Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah...
Terima kasih kepada Koperal Muhammad Zulalif Badrol Hisham dan Lans Koperal Mohd Fazliz Mohamad Padzil dari Unit Kereta Peronda Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar yang membantu menolak dan mengalihkan sebuah kenderaan rosak berhampiran Jalan Kubang Tiga, Padang Besar, Perlis, kelmarin.
Kedua-dua anggota berkenaan yang sedang dalam penugasan rondaan turut berusaha mendapatkan khidmat mekanik dari bengkel berhampiran bagi memastikan pemilik kenderaan bersama ahli keluarganya dapat menaiki semula kenderaan tersebut dengan selamat.
Sesungguhnya sikap suka membantu itu sentiasa diterapkan dalam Pasukan agar perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat adalah pada tahap terbaik.
Sumber : Polis Daerah Padang Besar