Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Jangan Sebar Maklumat Palsu Kebakaran Gas Putra Heights Timbalan Mdn

Diterbitkan: 03 Apr 2025 12.30 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.07 PM
Kuala Lumpur, 3 April 2025 - Orang ramai disaran untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat atau berita tidak sahih berkaitan insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jangan-sebar-maklumat-palsu-kebakaran-gas-putra-heights-timbalan-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:55 MYT
Kuala Lumpur, 3 April 2025 - Orang ramai disaran untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat atau berita tidak sahih berkaitan insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau rapat kandungan sedemikian bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"Kepada masyarakat di luar sana, jika ingin mendapatkan maklumat boleh menerusi laman web atau ikuti kenyataan media rasmi yang dikeluarkan jawatankuasa terlibat.
"Hal ini bagi mengelak berlaku kekeliruan dan suasana tidak baik, mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dan membuat sesuatu yang tidak baik akan berdepan dengan tindakan undang-undang", katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara, Masjid Putra Heights hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2408741

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Jangan Sebar Maklumat Palsu Kebakaran Gas Putra Heights Timbalan Mdn
ArtikelDiterbitkan 03 Apr 2025 12.30 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.07 PM