Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pgu Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bantu Urus Pengebumian Jenazah Dari Kota Kinabalu Ke Tawau

Diterbitkan: 15 Nov 2022 6.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 15 November 2022 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah melaksanakan penerbangan ihsan bagi menghantar pulang jenazah Allahyarham Sarjan Detektif Rahmad Hidayat Aswad yang telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada 12 November 2022 di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pgu-sabah-lakukan-penerbangan-ihsan-bantu-urus-pengebumian-jenazah-dari-kota-kinabalu-ke-tawau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:20 MYT
Kota Kinabalu, 15 November 2022 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah melaksanakan penerbangan ihsan bagi menghantar pulang jenazah Allahyarham Sarjan Detektif Rahmad Hidayat Aswad yang telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada 12 November 2022 di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.

Jenazah dibawa menggunakan pesawat Cessna Caravan 208 yang dipandu Juruterbang, ASP Chan Chee Veng bersama Pembantu Juruterbang, ASP Jonathan Mok Choon Chern dan Pemerhati Udara Sub Inspektor Benjamin Sabaddin berlepas dari Pangkalan Udara PGU Kota Kinabalu pada Ahad lalu menuju ke Tawau untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas Tawau.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Sarjan Detektif Rahmad Hidayat. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

ArtikelDiterbitkan 15 Nov 2022 6.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM