Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Jenazah Allahyarham Sarjan Mohd Hazman Ke Lapangan Terbang Sandakan Ii

Published: 24 Sep 2023 8.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: PGU Pangkalan Sabah
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pgu-pangkalan-sabah-lakukan-penerbangan-ihsan-bawa-jenazah-allahyarham-sarjan-mohd-hazman-ke-lapangan-terbang-sandakan-ii
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:25 MYT
Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Jenazah Allahyarham Sarjan Mohd Hazman Ke Lapangan Terbang Sandakan Ii
Home / Article / Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Jenazah Allahyarham Sarjan Mohd Hazman Ke Lapangan Terbang Sandakan Ii
Back to Library
Article

Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Jenazah Allahyarham Sarjan Mohd Hazman Ke Lapangan Terbang Sandakan Ii

Sumber: PGU Pangkalan Sabah
Kota Kinabalu, 24 September 2023 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia, Pangkalan Sabah melakukan penerbangan ihsan bagi membawa pulang jenazah Allahyarham Sarjan Mohd Hazman Tahir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Sandakan, kelmarin.

Allahyarham Mohd Hazman merupakan anggota polis yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Batalion 16 Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am Kinarut. Beliau telah meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Penerbangan yang diketuai oleh juruterbang Superintendan Nazarudin Hussien bersama juruterbang Superitendan Ayisham Abdullah dan Pemerhati Udara, Koperal Mohamad Rafiq Hamdan menggunakan helikopter AW139.

Penerbangan tersebut berjalan lancar dan jenazah Allahyarham Mohd Hazman selamat mendarat di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 2.30 petang hari yang sama.

Sumber: PGU Pangkalan Sabah

 
ArticlePublished 24 Sep 2023 8.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM