
Artikel
Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Jenazah Allahyarham Sarjan Mohd Hazman Ke Lapangan Terbang Sandakan
Sumber: PGU Pangkalan Sabah
Kota Kinabalu, 24 September 2023 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia, Pangkalan Sabah melakukan penerbangan ihsan bagi membawa pulang jenazah Allahyarham Sarjan Mohd Hazman Tahir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Sandakan, kelmarin.
Penerbangan yang diketuai oleh juruterbang Superintendan Nazarudin Hussien bersama juruterbang Superitendan Ayisham Abdullah dan Pemerhati Udara, Koperal Mohamad Rafiq Hamdan menggunakan helikopter AW139.
Penerbangan tersebut berjalan lancar dan jenazah Allahyarham Mohd Hazman selamat mendarat di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 2.30 petang hari yang sama.
Sumber: PGU Pangkalan Sabah