Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pertandingan Menembak Jsj Bukit Aman Dan Kontinjen Johor

Published: 23 Jul 2020 2.45 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kluang, 23 Julai 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor petang tadi telah mengadakan pertandingan menembak di Lapang Sasar, Kem Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pertandingan-menembak-jsj-bukit-aman-dan-kontinjen-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:22 MYT

Kluang, 23 Julai 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor petang tadi telah mengadakan pertandingan menembak di Lapang Sasar, Kem Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam, di sini.

Pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu diketuai sendiri oleh Pengarah JSJ, CP Dato' Huzir Mohamed bersama Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay.

Selain mengasah kemahiran menembak dan pengendalian senjata api dalam kalangan warga JSJ, aktiviti seumpama itu juga dilihat mampu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta dari kedua-dua buah kumpulan.

Sebanyak dua kategori telah dipertandingkan iaitu menerusi acara "Centre Fire VIP" perseorangan yang menyaksikan Dato' Huzir berjaya mengumpul mata untuk meletakkan Dato' Ayob sebagai naib johan. Manakala bagi acara "Falling Plate" berkumpulan pula, kehebatan menembak kumpulan JSJ Bukit Aman telah memastikan kumpulan menembak JSJ IPK Johor berpuas hati di tempat kedua, tahun ini.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Terancang (D14), SAC Datuk Zulkifli Che Wail, Komander Briged Tengah, SAC Tuan Mohammed Abdul Halim dan para pegawai kanan JSJ Bukit Aman serta IPK Johor.

Image may contain: 2 people
ArticlePublished 23 Jul 2020 2.45 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM