
Article
Posting Pilihan Perkep Malaysia Anjur Program Masak Bubur Asyura Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 55
Program telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman yang berbesar hati mengetuai acara memasak bagi menjayakan program t...
Kuala Lumpur, 16 Ogos 2023 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura sempena Sambutan Ulang Tahun PERKEP ke-55 di Masjid Bukit Aman, dekat sini, semalam.
Program telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman yang berbesar hati mengetuai acara memasak bagi menjayakan program tersebut.
Hadir sama, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin, barisan Pengerusi PERKEP Jabatan dan ahli PERKEP Bukit Aman.