
Artikel
Posting Pilihan Penyelarasan Dasar Penguatkuasaan Dan Pemulihan Jadi Fokus Perbincangan Jsjn Aadk
Kunjungan diketuai Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh itu bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pelaksanaan Akta Penagih Dadah dan Penyalah Guna Dada...
Kuala Lumpur, 1 Disember 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan menerima kunjungan hormat delegasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, hari ini.
Kunjungan diketuai Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh itu bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pelaksanaan Akta Penagih Dadah dan Penyalah Guna Dadah serta meningkatkan keberkesanan tindakan di lapangan.
Pertemuan memberi tumpuan kepada penyelarasan dasar, pengukuhan penguatkuasaan, penambahbaikan rawatan dan pemulihan serta penguatan program pencegahan. Fokus utama termasuk tindakan bersama selepas pindaan Akta 283, penambahbaikan keselamatan dan koordinasi operasi lapangan.
Turut hadir, barisan pegawai kanan JSJN dan AADK.