
Artikel
AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KONSTABEL MUHAMMAD RAHIMI AMIRUDIN #30112025
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munira...
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Konstabel Muhammad Rahimi Amirudin
Allahyarham yang berusia 23 tahun merupakan anggota Balai Polis Nilai, ditemukan lemas selepas kenderaannya dipercayai dihanyutkan arus deras di kawasan Klinik Desa Giching, Sepang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Semoga roh Allahyarham Konstabel Muhammad Rahimi dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah.