Artikel
Posting Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Anggota Balai Polis Panchor
Warga Balai Polis Panchor, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada orang awam atas maklum balas positif terhadap kecekapa...
Warga Balai Polis Panchor, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada orang awam atas maklum balas positif terhadap kecekapan dan keprihatinan anggota bertugas yang segera memberi respons terhadap aduan gangguan bunyi mercun di kawasan Taman Pagoh Jaya, Muar, Johor.
Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesahkan kehadiran segera pasukan Ronda Cegah Jenayah di lokasi kejadian, diikuti tindakan menasihati individu terlibat agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Tindakan tangkas dan berhemah ini mencerminkan nilai profesionalisme, integriti serta komitmen tinggi warga Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.
Sumber: Polis Daerah Muar
