
Artikel
Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Teruskan Ketuai Misi Bantuan Mangsa Banjir
Johor Bahru, 11 Januari 2021 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki komited meneruskan misi menyampaikan...
Johor Bahru, 11 Januari 2021 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki komited meneruskan misi menyampaikan bantuan banjir kepada ahli keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar negeri tersebut, di sini, semalam.
Ketibaan beliau bersama Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Ir. Zaiton Mohd Isa telah disambut oleh Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, SAC Datin Zaleha Mohd Ariffin bersama Ahli-ahli PERKEP Kontinjen Johor.
Majlis penyampaian bantuan telah diadakan di Dewan Samudera, Pusat Latihan Pasukan Polis Marin (PULAMAR) dan seramai tujuh keluarga polis di sekitar daerah Johor Bahru serta Kluang yang terjejas menerima sumbangan tersebut bagi meringankan beban mereka.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan misi bantuan banjir kepada keluarga polis yang terlibat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan turut berkesempatan meninjau sekitar kawasan perumahan yang ditenggelami banjir.
Hadir sama, Setiausaha PERKEP Malaysia, Superintendan Naemah Sherif dan Pengerusi-pengerusi PERKEP Daerah.
Sumber:
PERKEP Malaysia