Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Bersama Isteri Pembesar Negara Meriahkan Majlis Santapan Hi Tea Di Istana Negara

Published: 13 Jul 2023 4.30 AM Updated: 15 Aug 2026 8.21 PM
Kuala Lumpur, 13 Julai 2023 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir memeriahkan Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengerusi-perkep-malaysia-bersama-isteri-pembesar-negara-meriahkan-majlis-santapan-hi-tea-di-istana-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:32 MYT
Kuala Lumpur, 13 Julai 2023 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir memeriahkan Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara di sini, semalam.

Kehadiran Puan Sri Zainah ke majlis tersebut telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Antara kenamaan hadir adalah isteri Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datin Sri Hjh. Ruziah Mohd Tahir serta dif-dif kenamaan lain.

Majlis diserikan dengan persembahan pertunjukan busana tradisional termasuk songket dan tenun Pahang yang dikendalikan oleh pereka fesyen, Dato’ Radzuan Radziwill.

Selain itu, sebanyak 70 busana peribadi Raja Permaisuri Agong turut dipamerkan di hadapan dewan santapan bagi memberi peluang para tetamu mendekati koleksi diraja itu.

Sumber: Istana Negara

May be an image of 15 people and dais

May be an image of 10 people and wedding

May be an image of 2 people and dais

May be an image of flower and dais

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 12 people, headscarf and dais

May be an image of 13 people and dais

May be an image of 10 people

May be an image of 8 people

May be an image of 12 people, lighting, dais and temple
ArticlePublished 13 Jul 2023 4.30 AMUpdated 15 Aug 2026 8.21 PM