Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Bersama Isteri Pembesar Negara Meriahkan Majlis Santapan Hi Tea Di Istana Negara

Diterbitkan: 13 Jul 2023 4.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.21 PM
Kuala Lumpur, 13 Julai 2023 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir memeriahkan Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengerusi-perkep-malaysia-bersama-isteri-pembesar-negara-meriahkan-majlis-santapan-hi-tea-di-istana-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT
Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Bersama Isteri Pembesar Negara Meriahkan Majlis Santapan Hi Tea Di Istana Negara
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Bersama Isteri Pembesar Negara Meriahkan Majlis Santapan Hi Tea Di Istana Negara
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Bersama Isteri Pembesar Negara Meriahkan Majlis Santapan Hi Tea Di Istana Negara

Kuala Lumpur, 13 Julai 2023 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir memeriahkan Majlis Santapan Hi-Tea di Istana N...
Kuala Lumpur, 13 Julai 2023 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir memeriahkan Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara di sini, semalam.

Kehadiran Puan Sri Zainah ke majlis tersebut telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Antara kenamaan hadir adalah isteri Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datin Sri Hjh. Ruziah Mohd Tahir serta dif-dif kenamaan lain.

Majlis diserikan dengan persembahan pertunjukan busana tradisional termasuk songket dan tenun Pahang yang dikendalikan oleh pereka fesyen, Dato’ Radzuan Radziwill.

Selain itu, sebanyak 70 busana peribadi Raja Permaisuri Agong turut dipamerkan di hadapan dewan santapan bagi memberi peluang para tetamu mendekati koleksi diraja itu.

Sumber: Istana Negara

May be an image of 15 people and dais

May be an image of 10 people and wedding

May be an image of 2 people and dais

May be an image of flower and dais

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 12 people, headscarf and dais

May be an image of 13 people and dais

May be an image of 10 people

May be an image of 8 people

May be an image of 12 people, lighting, dais and temple
ArtikelDiterbitkan 13 Jul 2023 4.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.21 PM