Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Koperal Muhammad Firdaus

Published: 05 Sep 2022 2.24 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: Polis Selangor
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengerusi-perkep-malaysia-beri-penghormatan-terakhir-kepada-allahyarham-koperal-muhammad-firdaus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:23 MYT
Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Koperal Muhammad Firdaus
Home / Article / Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Koperal Muhammad Firdaus
Back to Library
Article

Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Koperal Muhammad Firdaus

Sumber: Polis Selangor
Petaling Jaya, 5 September 2022 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa hari ini hadir ke Surau An-Nur, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Koperal Muhammad Firdaus Mat Sarif.

Kehadiran beliau diiringi oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed bersama isteri Datin Baidzura Su @ Busu yang juga Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor.

Beliau bersama Datin Baidzura turut menyampaikan sumbangan kepada Puan Siti Nur Azizah Che Abdullah yang merupakan balu kepada Allahyarham Koperal Muhammad Firdaus.

Hadir sama, Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan Selangor, ACP Alina Sa’ad, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dan isteri Puan Roshimah Chik serta warga kerja Kontinjen Selangor dan IPD Petaling Jaya.

Marilah sama-sama kita doakan roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

ArticlePublished 05 Sep 2022 2.24 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM