Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Serbu Gudang Seleweng Diesel Subsidi Rm361 000

Diterbitkan: 06 Sep 2022 2.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 6 September 2022 - Polis menumpaskan sindiket penyelewengan diesel subsidi berikutan rampasan melibatkan rampasan 94,450 liter bahan api itu yang dianggarkan bernilai RM361,000 dalam serbuan di dua premis gudang dekat Jalan Semenyih, di sini Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-serbu-gudang-seleweng-diesel-subsidi-rm361-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:27 MYT
Kajang, 6 September 2022 - Polis menumpaskan sindiket penyelewengan diesel subsidi berikutan rampasan melibatkan rampasan 94,450 liter bahan api itu yang dianggarkan bernilai RM361,000 dalam serbuan di dua premis gudang dekat Jalan Semenyih, di sini Khamis lalu.

Serbuan dilakukan Unit Risikan Jenayah (D4), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman menerusi Op Kontraban hasil maklumat awam dan risikan.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed, berkata dalam serbuan itu, polis menahan 11 lelaki termasuk empat warga asing berusia antara 19 hingga 59 tahun terdiri daripada pemandu lori serta pekerja am di dua gudang terbabit.

Katanya, modus operandi sindiket itu adalah dengan membeli diesel dari stesen minyak di sekitar Kajang dengan menggunakan lori “bonded” atau kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang diubah suai dengan diletakkan tangki tambahan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 06 Sep 2022 2.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM