Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Adakan Lawatan Kebajikan Ke Atas Anggota Jpjkk Ipk Kuala Lumpur

Published: 07 Feb 2024 3.02 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman petang tadi telah menyantuni seorang anggota wanita yang bertugas di Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengerusi-perkep-malaysia-adakan-lawatan-kebajikan-ke-atas-anggota-jpjkk-ipk-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:20 MYT

Kuala Lumpur, 7 Februari 2024 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman petang tadi telah menyantuni seorang anggota wanita yang bertugas di Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Lawatan ke atas Koperal Analisa Abdilla di Hospital Kuala Lumpur turut disertai oleh sebahagian warga PERKEP Malaysia.

Anggota berkenaan mengalami kecederaan setelah motosikal yang dibonceng bersama rakannya, Lans Koperal Noramalina Rozi terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) semalam. Dalam kejadian tersebut, Lans Koperal Noramalina telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Puan Sri Zainah berkesempatan menitipkan kata-kata semangat kepada anggota tersebut agar terus cekal dan bersemangat untuk memulakan tugasnya kelak. 

Sumber: PERKEP Malaysia

May be an image of 4 people, hospital and text

May be an image of 5 people, hospital and text

May be an image of 4 people and hospital

May be an image of 3 people and headscarf

May be an image of 11 people, parking meter and text that says 'HAD TINGGI 2.5m'

May be an image of 4 people, hospital and text


ArticlePublished 07 Feb 2024 3.02 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM