Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengerusi Jpppw Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Kpwkm

Diterbitkan: 15 Nov 2023 2.06 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kehadiran beliau bersama delegasi JPPPW merupakan pertemuan rakan strategik di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan KPWKM dalam memperluaskan advokasi kepada masyarakat bagi menangani pelbagai isu seperti jenayah siber dan pemerdagangan manusia yang ratanya melibatkan wanita.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengerusi-jpppw-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-menteri-kpwkm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:21 MYT
Putrajaya, 15 November 2023 – Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW), CP Dato’ Nerita Yaacob hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri, di pejabatnya di sini.

Kehadiran beliau bersama delegasi JPPPW merupakan pertemuan rakan strategik di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan KPWKM dalam memperluaskan advokasi kepada masyarakat bagi menangani pelbagai isu seperti jenayah siber dan pemerdagangan manusia yang ratanya melibatkan wanita.

Pertemuan tersebut turut membuka ruang buat kedua-dua pihak untuk menambah baik modul Skuad Waja dengan penglibatan AMANITA dalam usaha meneruskan kolaborasi demi mewujudkan persekitaran yang selamat buat golongan wanita.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam, Ketua Penolong Pengarah (E9) Cawangan Khas, Bukit Aman, DCP Dato’ Aida Abdul Hamid, serta Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Datuk Suryani Sungit.

May be an image of 8 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 2 people and text

ArtikelDiterbitkan 15 Nov 2023 2.06 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM