
Article
Posting Pilihan Pengerusi Jpppw Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Kpwkm
Kehadiran beliau bersama delegasi JPPPW merupakan pertemuan rakan strategik di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan KPWKM dalam memperluaskan advokasi ke...
Putrajaya, 15 November 2023 – Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW), CP Dato’ Nerita Yaacob hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri, di pejabatnya di sini.
Pertemuan tersebut turut membuka ruang buat kedua-dua pihak untuk menambah baik modul Skuad Waja dengan penglibatan AMANITA dalam usaha meneruskan kolaborasi demi mewujudkan persekitaran yang selamat buat golongan wanita.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam, Ketua Penolong Pengarah (E9) Cawangan Khas, Bukit Aman, DCP Dato’ Aida Abdul Hamid, serta Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Datuk Suryani Sungit.