
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Tinjau Situasi Banjir Di Galeri Darurat Bukit Kepong
Muar, 30 Januari 2023 - Pengarah Pengurusan, Dato' Sri Zaini Jass membuat lawatan dan meninjau situasi di Galeri Darurat Bukit Kepong yang dinaiki air, di sini...
Muar, 30 Januari 2023 - Pengarah Pengurusan, Dato' Sri Zaini Jass membuat lawatan dan meninjau situasi di Galeri Darurat Bukit Kepong yang dinaiki air, di sini semalam.
Dalam sesi lawatan tersebut beliau turut ditaklimatkan keadaan banjir di galeri yang semakin pulih dan aset-aset penting berjaya dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd Sukri Kaman, Pengarah Muzium PDRM, ACP Selamat Sainayune dan Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz.
Sumber: Polis Daerah Muar