Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Tinjau Pelaksanaan Ujian Penilaian Kompetensi Atas Talian Pekat Seluruh Negara

Published: 11 Jan 2025 2.18 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bukit Aman, 11 Januari 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid pagi tadi meninjau pelaksanaan Ujian Penilaian Kompetensi Atas Talian (PeKAT) untuk kenaikan pangkat pegawai kanan polis berpangkat ASP ke DSP sesi pertama yang diadakan di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-tinjau-pelaksanaan-ujian-penilaian-kompetensi-atas-talian-pekat-seluruh-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:17 MYT
Bukit Aman, 11 Januari 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid pagi tadi meninjau pelaksanaan Ujian Penilaian Kompetensi Atas Talian (PeKAT) untuk kenaikan pangkat pegawai kanan polis berpangkat ASP ke DSP sesi pertama yang diadakan di seluruh negara.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Bukit Aman, CP Dato' Mohd Roze Shaari sebelum dibawa ke Makmal Teknologi Maklumat, Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman untuk diberi taklimat.

Taklimat berkaitan PeKAT telah disampaikan oleh DCP Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Mohd Asri Md. Akhir.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah, Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, JLog Bukit Aman, SAC Redzuan Abdul Hamid serta para Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.

Sumber: Jabatan Pengurusan Pengurusan

ArticlePublished 11 Jan 2025 2.18 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM