
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Tinjau Pelaksanaan Ujian Penilaian Kompetensi Atas Talian Pekat Seluruh Negara
Bukit Aman, 11 Januari 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid pagi tadi meninjau pelaksanaan Ujian Penilaian Kompetensi Atas Talian (PeKAT...
Bukit Aman, 11 Januari 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid pagi tadi meninjau pelaksanaan Ujian Penilaian Kompetensi Atas Talian (PeKAT) untuk kenaikan pangkat pegawai kanan polis berpangkat ASP ke DSP sesi pertama yang diadakan di seluruh negara.
Taklimat berkaitan PeKAT telah disampaikan oleh DCP Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Mohd Asri Md. Akhir.
Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah, Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, JLog Bukit Aman, SAC Redzuan Abdul Hamid serta para Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.
Sumber: Jabatan Pengurusan Pengurusan