
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Serah Sumbangan Tawp Kepada Balu Mendiang Pesara Sm Apot
Kampar, 20 Oktober 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim menyerahkan sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) kepada balu mendiang pesar...
Kampar, 20 Oktober 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim menyerahkan sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) kepada balu mendiang pesara Sarjan Mejar (SM) Apot Saad, di Kampung Batu Berangkai, Perak, hari ini.
Selain mengadakan lawatan kebajikan ke atas keluarga mendiang, ia juga bertujuan merapatkan ukhuwah dan menyantuni keluarga pesara polis.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Alina Sa’ad dan Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud.